Kursus & Latihan
Misi kami adalah untuk menjadi peneraju dalam industri dengan menjalankan kursus-kursus kreatif di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara, sama ada melalui platform fizikal atau digital. Kami percaya bahawa pendidikan berkualiti adalah asas kepada pembangunan profesional yang berterusan, dan kami komited untuk memastikan akses yang meluas kepada program latihan kami.
Objektif kami adalah untuk melahirkan usahawan digital yang mampu bersaing secara global dari Malaysia. Dengan sokongan dan pengetahuan yang tepat, kami percaya bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk mencapai kejayaan luar biasa dalam dunia perniagaan digital.
Kelas Fotografi Smartphone
Kelas Fotografi menggunakan Telefon Pintar di Pocket Production ini direka khusus untuk usahawan dan pereka konten yang ingin menghasilkan gambar berkualiti tinggi tanpa memerlukan peralatan mahal. Dengan modul yang mudah diikuti, anda dapat menguasai teknik fotografi yang dapat menjimatkan kos dan menjana pendapatan tambahan. Harap boleh berjumpa anda di kursus Pocket Production dan mulakan perjalanan anda untuk mencipta visual yang memukau dengan hanya menggunakan telefon pintar!
“Sama ada kelas online atau fizikal ,kami memastikan peserta akan mendapat pengalaman sebenar produksi dan lebih memahami proses”
Kelas Videografi Smartphone
Kelas Video Smartphone kami merupakan kelas yang paling lama yang telah diadakan. Bermula pada 2014 mula mencabar kemampuan telefon pintar untuk menghasilkan produksi video secara menyeluruh bermula dari pre produksi sehingglah pasca produksi. Dengan pengalaman inilah Pocket Production berjaya menghasilkan modul yang impak dan bersesuaian dengan sesiapa saja yang ingin nenpelajarinya. Bagi yang inginkan konten yang tersendiri kami juga boleh menjadikan modul mengikut objektif klien.
“Peserta akan membawa pulang
sebuah video HD karya hasil arahan mereka sendiri. Konsep teori dan praktik memang menjadi kekuatan modul kami”
Kelas Pemasaran Visual A.I
Kelas Pemasaran menggunakan A.I di Pocket Production direka untuk membantu usahawan dan pereka konten mengoptimumkan kempen pemasaran mereka dengan modul mudah yang menjimatkan kos, meningkatkan efisiensi, dan memberi kelebihan kompetitif dalam dunia perniagaan digital. Pelatih juga amat menekankan tentang asas seni yang merupakan bahan penting untuk menjadikan karya A.I tepat dengan misi niaga masing-masing. Jom! cari jadual kelas yang terdekat daftar, dan tingkatkan strategi pemasaran anda dengan teknologi terkini bersama kami.
Pendaftaran Kelas Terkini!
Phone
+60111 6200 864 (Puan Dee)
Email
iw.pocket@gmail.com
social
Balik ke Halaman Utama
PENDAFTARAN TELAH DITUTUP!